fb fb fb fb fb

Video simbah asid tular, polis Selangor cari penyebar rakaman CCTV

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Satu kertas siasatan dibuka bagi mengesan penyebar video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan insiden simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan berkata video tersebut adalah bahan bukti yang masih disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana pendedahan maklumat.

Subseksyen (1) boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Subseksyen (2), barang siapa yang mempunyai maklumat pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggari subseksyen (1) kepada mana-mana pihak boleh dikenakan hukuman sama.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas pensabitan.

Orang ramai di nasihat untuk tidak berkongsi video berkenaan dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Customer Support