fb fb fb fb fb

Simpan dadah dalam kereta, dua individu berjaya diberkas polis Johor

JOHOR BAHRU, 23 Mei- Dua lelaki yang menganggotai sindiket pengedaran dadah di Johor Bahru diberkas hasil empat serbuan di daerah itu dari 16 hingga 20 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M.Kumar berkata sindiket yang aktif sejak Mac lalu, menggunakan kenderaan sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Pelbagai jenis dadah seberat lebih 13 kilogram telah  dirampas, selain dua buah kereta dan dua motosikal disita.

Wang tunai bernilai RM4,620 serta barang kemas turut dirampas dalam serbuan itu sekali gus menjadikan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM425,739.

"Di mana barang-barang itu diambil adalah daripada kereta tersebut, kereta-kereta itu diletakkan di tempat di khalayak ramai. Bukan tertutup atau pun di letak di dalam garaj, tidak sama sekali. Ia diletak di tempat terbuka."

"Dia akan ambil barang daripada kereta dan dia akan edarkan. Sebelum ini, ia di dalam kawasan berpagar dan dalam kawalan komuniti, namun kali ini, kereta," kata M. Kumar kepada pemberita hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Customer Support