fb fb fb fb fb

Tiga staf pejabat tanah dan daerah Terengganu direman, disyaki terima rasuah RM25,000

Ketiga-tiga suspek diiringi pegawai SPRM ketika tiba di mahkamah bagi mendapatkan perintah reman pagi tadi

KEMAMAN, 27 Mei- Tiga kakitangan pejabat tanah dan daerah di Terengganu direman enam hari bagi membantu siasatan atas dakwaan meminta dan menerima suapan berjumlah RM25,000 daripada pemohon tanah di negeri itu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman.

Ketiga-tiga tertuduh berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an itu bertanggungjawab melakukan siasatan, membuat pengukuran sempadan serta menyediakan ulasan teknikal bagi setiap tanah yang dimohon.

Suapan tersebut dipercayai sebagai dorongan memudahkan permohonan tanah mengikut aplikasi E-Haram pada tahun 2022 dan tahun lalu.

Kesemua tertuduh disyaki menerima suapan antara RM500 hingga RM800 bagi setiap permohonan.

Ketiga-tiga suspek ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE