fb fb fb fb fb

Suspek kes pecah rumah dan curi kenderaan di Kuching ada 38 rekod jenayah lampau

FOTO IPD KUCHING

KUCHING, 27 Mei-  Seorang lelaki tempatan yang ditangkap bersabit kes pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Taman Long Seng, Kuching pada 19 Mei lepas membabitkan kerugian berjumlah RM90,000 memiliki 38 rekod lampau melibatkan jenayah dadah dan kekerasan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah memaklumkan lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap pada 25 Mei di rumahnya di Jalan Matang Kuching.

Polis turut merampas satu unit senapang angin yang telah dileraikan, dua bilah kwantao, dua bilah parang, dua bilah kapak dan satu unit telefon bimbit serta pelbagai peralatan pecah rumah dan curi kenderaan.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE