fb fb fb fb fb

Tiada permit, 28 tong gas LPG dirampas

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 20 Jun-Sebanyak 28 tong gas petroleum cecair, LPG dirampas KPDN dalam satu operasi di sebuah dobi, di sini.

Turut dirampas beberapa dokumen perniagaan.

Kenyataan Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo menyebut, premis tersebut didapati menyimpan bahan tersebut bagi tujuan operasi.
 
Pihak premis gagal mengemukakan dokumen permit penyimpanan barang kawalan berjadual LPG.
 
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
 
Siasatan juga akan dilakukan ke atas syarikat pemborong LPG kerana menjual barang kawalan kepada individu tidak mempunyai permit berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD