fb fb fb fb fb

Suri rumah didakwa bunuh anak angkat berusia lima tahun

Tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini

IPOH, 21 Jun- Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh anak angkatnya yang berusia lima tahun di Taman Malcop, Ipoh 5, di sini, awal bulan ini.

Tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adela Yusullah, 5.

Perbuatan tersebut dilakukan antara 5 hingga 10 Jun di Rumah No 1, Jalan Kledang Raya 23, Taman Malcop dekat sini dalam daerah Kinta.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan oleh Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. 

SITI AISHAH MD ISA