fb fb fb fb fb

Suspek elak pemeriksaan polis giat dikesan, dikejar sejauh 180KM

Foto Fail

MUAR, 20 November- Pemandu trak pikap yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis awal pagi tadi, kini giat dikesan.

Kejadian tersebut menyebabkan polis mengejar suspek sejauh 180 kilometer (km) dari Muar, Johor hingga ke Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek dikejar merentasi tiga negeri, sejurus melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri, Muar.

Pihaknya bertindak mengejar kenderaan suspek, dengan bantuan polis Melaka, Polis Trafik Bukit Aman dan Polis Trafik Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, suspek meloloskan diri dengan menaiki tebing tinggi yang tidak dapat dilalui kenderaan polis, sebelum memasuki laluan bertentangan di Jalan Chan Sow Lin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Maklumat awam boleh disalurkan kepada polis bagi membantu siasatan kes.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM