JOHOR BAHRU, 10 November-Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas pertuduhan bersubahat menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan RM20 juta, pada 13 Oktober lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Chan Wan Kooi, 57 tahun selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Hazeelia Muhammad.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa bersubahat bersama tiga lagi tertuduh, menculik seorang ahli perniagaan, 59 tahun pada 13 Oktober di Jalan Straits View, Johor Bahru dengan tujuan meminta tebusan sebanyak RM20 juta.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dibaca bersama seksyen 109 kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim tidak membenarkan jaminan diberikan terhadap tertuduh dan sebutan semula kes pada 17 November.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Umar Faiz Abdul Kohar.
Manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Jagjit Singh Bang Singh.