fb fb fb fb fb

Suami isteri disyaki dera anak angkat sampai mati direman enam hari

Pasangan suami isteri yang dipercayai mendera anak perempuan berusia lima tahun sehingga mati dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi mendapatkan perintah reman

IPOH, 11 Jun- Pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak dipercayai didera, direman enam hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret S.Punitha selepas menerima permohonan polis di Mahkamah Majistret Ipoh.

Pasangan suami isteri berusia 27 dan 66 tahun, itu merupakan ibu bapa angkat yang menjaga kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berkenaan.

Kedua-duanya direman bagi membolehkan siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata penahanan kedua-dua suspek dibuat susulan pihaknya menerima laporan pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun, HRPB.

Bedah siasat telah djalankan Jabatan Forensik HRPB dan mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan disebabkan benda tumpul.

Selain itu, terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar dan dubur mangsa.

Berita Berkaitan:

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE