fb fb fb fb fb

Kanak-kanak perempuan lima tahun maut didera

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

IPOH, 11 Jun - Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

"Bedah siasat yang dijalankan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan dan disyaki telah dipukul dengan menggunakan objek tumpul," kata Zainal menerusi satu kenyataan.

Punca kematian disebabkan 'multiple blunt injuries'.

"Terdapat juga luka koyak dan lebam pada salur peranakan luar dan dubur mangsa. Penahanan kedua-dua suspek berusia 27 dan 66 tahun itu dilakukan hasil laporan polis yang dibuat," katanya lagi.

Mereka akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF