fb fb fb fb fb

Siasatan ancaman bom di MOTAC hampir ke peringkat akhir

Datuk Rusdi Mohd Isa Rusdi

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ancaman bom yang diterima Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan ia hampir ke peringkat akhir.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa Rusdi berkata, perkara itu selepas merakam percakapan 12 individu berhubung kes tersebut.

Kini pihaknya dalam proses mengedar gambar suspek dan beliau turut menggesa orang ramai supaya berkongsi sebarang maklumat berhubung perkara itu kepada polis.

"Mungkin sedikit masa lagi kita akan keluarkan gambar. Gambar kali ini berurusan di pejabat kurier servis itu pun pakai pelitup separuh muka.

"Jadi saya rasa kalau untuk tujuan di kaunter kita merayulah kepada mana-mana pihak yang menerima pelanggan-pelanggan ini, contohnya dalam kes untuk membuka pelitup separuh muka," katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur antara Datuk Habibi Majinji kepada Senior Asisten Komisioner Mohd Razali Mohd Idrus di ibu negara.

Senior Asisten Komisioner Mohd Razali Mohd Idrus menggantikan Datuk Habibi Majinji yang akan bertukar ke Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (EssCOM) sebagai Ketua Staf Operasi Darat EssCOM Kementerian Dalam Negeri (KDN).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI