fb fb fb fb fb

SPRM lapor polis isu tuduhan palsu dikawal kerajaan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 November- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung pernyataan palsu dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik.

Menerusi kenyataan rasmi SPRM, laporan terbabit dibuat susulan hantaran melalui aplikasi TikTok atas nama pemilik akaun @wancin11 yang memaparkan kenyataan daripada Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris.

Berdasarkan hantaran tersebut, Datuk Razali Idris telah mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau sewaktu majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November 2023.

Beliau turut menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan.

SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini.

SPRM berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera terhadap mereka yang mengeluar dan menyebarkan fitnah dan tohmahan terbabit.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE