fb fb fb fb fb

Sembilan individu ditahan, bantu siasatan bunuh warga asing

Foto hiasan

IPOH, 18 Jun- Polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan susulan seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan enam kesan tikaman di sebuah tapak pembinaan di Taman Menglembu, Ipoh, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata, kesemua individu terbabit berusia antara 21 hingga 41 tahun itu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki warga asing lingkugan umur 20 hingga 30 tahun dijumpai terbaring dalam keadaan mulut berdarah.

"Sehingga kini identiti mangsa masih dalam semakan dan pengesahan daripada pihak majikan," katanya.

Pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa oleh orang awam sekitar pukul 1.23 pagi.

Mangsa dianggarkan berumur antara 20 hingga 30 tahun ditemukan terbaring serta tidak sedarkan diri dengan keadaan muka bercalar dan mulut berdarah.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

Berikutan itu, kes disiasat bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Kes ASP Chua Sze Yuan menerusi talian 012-6195312 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI