fb fb fb fb fb

Selamatkan anak daripada penculik, bapa cedera parah

Foto tangkap layar dari mothership.sg

JOHOR BAHRU, 20 Disember - Seorang warga China berstatus penduduk tetap di Singapura, parah ketika menyelamatkan anaknya daripada diculik sekumpulan individu yang menaiki sebuah kereta pada 12 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memaklumkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu terselamat.

Beliau berkata, suspek utama, berusia 41 tahun yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu merancang penculikan berkenaan bersama tiga suspek lain, yang masih bebas.

"Suspek utama itu juga melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000. Bagaimanapun, suspek utama itu berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada hari sama," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Raub, suspek yang bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa.

Katanya, pihaknya sedang mengesan tiga lagi suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN