fb fb fb fb fb

Rasuah dan tuntutan palsu, CEO pembekalan air dan pemilik syarikat direman

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU, 1 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat direman tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berjumlah RM3.3 juta.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat, di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Terdahulu mereka yang berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia, (SPRM) Selangor pada pukul 4.00 petang semalam.

Ia susulan penahanan dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri itu semalam yang dipercayai menerima rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Penahanan itu berikutan siasatan atas beberapa aduan tahun lalu.

Suspek dipercayai menerima rasuah daripada dua pemilik syarikat itu sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat air tersebut.

Suspek juga mengemukakan dokumen palsu berhubung permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta namun program itu tidak dilaksanakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

TETITIA YUSOFF