fb fb fb fb fb

Pesara polis rugi lebih RM310,000 jadi mangsa 'phone scam'

Foto Hiasan/ BERNAMA

BATU PAHAT, 5 Jun- Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan 'phone scam'.

Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 6 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, individu itu mendakwa mangsa merupakan suspek kes penggubahan wang haram dan segala aset miliknya akan dibekukan.

"Suspek kemudian meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan milik mangsa dengan tujuan kononnya untuk siasatan Jabatan Audit Negara.

"Pemindahan wang sebanyak RM66, 050 ringgit dilakukan mangsa ke dua akaun berbeza secara berperingkat pada 19 Mei lalu," katanya.

Menurut Shahrulanuar, semakan melalui sistem perbankan dalam talian mendapati terdapat pengurangan wang dalam akaun bank milik mangsa.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI