fb fb fb fb fb

Polis tahan empat lelaki bergaduh di kasino Genting Highlands

Empat lelaki berusia 23 hingga 50 dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di dalam kasino di Genting Highlands petang Sabtu/Syot layar

BENTONG, 7 April - Polis menahan empat lelaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Bentong, Superitenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki yang terdiri 10 lelaki tempatan.

Kesemua mereka berusia 23 hingga 50 tahun kini direman bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati punca kejadian pergaduhan adalah salah faham antara mereka yang berada dalam kasino tersebut.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama dua hari bermula 7 hingga 8 April bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaiham, kempat-empat suspek telah dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

“Pihak polis sedang mengesan beberapa lelaki lain yang terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di tempat kejadian,” katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN