fb fb fb fb fb

Polis siasat rakaman video lelaki pegang objek berupa pistol

KUALA TERENGGANU, 13 Jun-Siasatan terperinci sedang dijalankan Polis Kontinjen Terengganu berhubung sebuah video yang memaparkan seorang  lelaki yang memandu sebuah kenderaan sambil memegang satu objek menyerupai sepucuk pistol.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian kira- kira pukul 4.00 petang tadi.

Pihaknya kini sedang giat mengesan individu yang terlibat di dalam video berdurasi 37 saat itu yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud, di sini.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan ada menerima dua laporan berkaitan video berkenaan.

ACP Azli bagaimanapun menafikan ia berkaitan penculikan.

Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung kejadian sehingga siasatan selesai

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD