fb fb fb fb fb

Polis sedang kumpul maklumat dakwa ejen Mossad ada di Malaysia

Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 8 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat mengenai sebarang dakwaan membabitkan ejen Mossad di Malaysia, berikutan kelantangan Malaysia menyokong Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi jaminan, isu keselamatan dan ketenteraman awam adalah bawah tugas PDRM dan ia tidak akan diabaikan.

"Kita akan mengumpulkan sebanyak mana maklumat menerusi risikan bukan kata hanya ejen Mossad, termasuk juga sabotaj ekonomi dan espionage (ejen pengintipan).

"Sekiranya kita mempunyai maklumat itu, tangkapan akan dibuat," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Razarudin berkata, tiada keperluan setakat ini untuk menghantar anggota polis ke Palestin terlibat misi pengaman.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan kesahihan pihak menguruskan sumbangan bagi solidariti rakyat Palestin agar tidak menjadi mangsa penipu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE