fb fb fb fb fb

Pengurus Syarikat Petroleum rugi RM3.9 juta

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati- hati dengan skim-skim pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dalam masa singkat

KUALA TERENGGANU, 21 Jun - Seorang lelaki berusia 53 tahun yang juga seorang Pengurus Syarikat Petroleum menjadi mangsa penipuan pelaburan membabitkan kerugian sebanyak RM3.9 juta di Dungun.

Menurut fakta kes, pada Disember 2023, mangsa telah melihat iklan di laman Facebook mengenai dagangan pasaran saham menggunakan kecerdasan buatan (Al).

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin dalam kenyataan berkata, mangsa berminat dengan iklan itu dan menyertainya.

"Pada bulan Mac lalu, melalui aplikasi whatsapp mangsa telah diperkenalkan dengan pelaburan mata wang kripto. Mangsa mula membuat pelaburan dengan Baorui Exchange yang berpengkalan di Amerika Syarika (AS) pada 16 Mac 2024 bermula dengan AS$1,500.

"Sejak itu,mangsa telah melakukan transaksi pelaburan sebanyak lima kali dan boleh didenda sebanyak AS$500,000 jika menarik diri," katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang menyedari telah ditipu sejak 17 Jun lalu hadir membuat laporan polis di daerah Dungun.

Katanya, tindakan mengesan dan  pihak polis masih mengumpul bukti-bukti keterangan untuk pendakwaan.

 

TETITIA YUSOFF