fb fb fb fb fb

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart dihadapkan ke mahmakah hari ini

Suasana di hadapan Mahkamah Seksyen Shah Alam dengan pangamal media sudah berada di perkarangan kompleks mahkamah seawal 8.00 pagi

SHAH ALAM, 26 Mac - Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam, hari ini.

Mereka berdepan pertuduhan bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran tujuan jualan.

Pengamal media sudah berada di perkarangan kompleks mahkamah seawal 8.00 pagi bagi membuat liputan pendakwaan kes tersebut.

Pada masa sama, Syarikat Xin Jian Chang Sdn.Bhd dan pengarah-pengarah syarikat tersebut juga akan dituduh mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana telah bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Setelah itu pengurusan KK Super Mart pada 16 Mac dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

 

TETITIA YUSOFF