fb fb fb fb fb

Pelajar mengaku bersalah atas 14 pertuduhan seksual luar tabii, amang seksual

Foto RTM

PARIT, 10 Disember- Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah berasrama di Kampung Gajah, Perak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit atas 14 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap rakan sekolahnya.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di dihadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. 

Perbuatan itu dilakukan antara Oktober dan November lalu dan turut didakwa tiga rakan setingkatan, masing-masing dengan empat pertuduhan bagi kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang lain mengaku tidak bersalah di dalam prosiding yang sama.

Tertuduh pertama dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah bilik asrama sebuah sekolah menengah dalam daerah Perak Tengah pada pukul 11.00 malam antara 3 hingga 27 November 2025.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh pertama turut didakwa bersama tiga rakan setingkatan melakukan kesalahan yang sama ke atas mangsa di lokasi, pada pukul 12.30 tengah malam, 30 November 2025.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika didapati bersalah.

Mahkamah membenarkan tertuduh pertama diikat jamin RM 5,500 dengan seorang penjamin manakala tiga pelajar lain, jaminan sebanyak RM 2,000 setiap seorang.

Sebutan kes ditetapkan pada 10 Februari depan sementara menunggu laporan akhlak, lantikan peguam dan serahan dokumen.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM