fb fb fb fb fb

Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat

Wan Muhammad Azri Wan Deris bersama peguamnya bertemu pemberita selepas keluar daripada kamar mahkamah

KUALA LUMPUR, 18 April- Bekas Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tahun lepas.

Peguam Logen Eskander Abdullah mewakili Papagomo yang juga blogger memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa, representasi itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 April lalu.

Salinan representasi diberikan kepada pihak pendakwaan pagi tadi.

Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan berkata tiada keputusan berhubung representasi itu, kerana pihaknya baru menerima salinannya pagi tadi.

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan 23 Mei, bagi mengetahui status representasi berkenaan.

Kandungan representasi itu, antaranya untuk menggugurkan pertuduhan, namun maklumat terperinci mengenai keseluruhan representasi tidak boleh didedahkan.

Pada 8 Januari, Papagomo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan, pro kepada Israel dan Barat di laman Facebook.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE