fb fb fb fb fb

Hantaran jelik kalimah Allah, Mahkamah Tinggi batal hukuman juruteknik

Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik selepas mengaku bersalah atas hantaran sensitif berkaitan kalimah Allah / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 April - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik selepas mengaku bersalah atas hantaran sensitif berkaitan kalimah Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas semakan difailkan mahkamah 22 Mac lalu mendapati, mahkamah sesyen tidak menerima pengakuan tertuduh atas sebab akaun tidak jelas dan tidak bersyarat.

"Selepas mendengar hujahan pihak pembelaan tertuduh dan pendakwaan, mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman.

"Tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh," katanya.

Terdahulu, tertuduh Chiok Wai Loong mengaku bersalah di mahkamah sesyen atas pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung komennya di Facebook.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN