fb fb fb fb fb

Ops Tiris: 6,000 liter minyak diesel dirampas

Foto KPDN

JOHOR BAHRU, 22 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas kira-kira 6,000 liter minyak diesel yang diisi di dalam lori menerusi Ops Tiris, di Ulu Tiram, di sini semalam.

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo dalam satu kenyataan berkata, nilai kesemua diesel yang dirampas ialah RM12,900.

"Lori pasir yang diubah suai itu disyaki memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan diesel tanpa lesen dan permit sah. Dua unit tangki besi, sebuah lori pasir, satu unit kunci beserta resit belian minyak diesel, turut dirampas," katanya.
 
Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM63,403.
 
Dalam ops itu anggota KPDN turut menahan pemandu lori terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. 

TETITIA YUSOFF