fb fb fb fb fb

Maritim Terengganu tahan dua bot nelayan Vietnam

KUALA TERENGGANU, 23 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu berjaya menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam di posisi 118 batu nautika Timur Laut Muara Kuala Terengganu kira- kira pukul 10.20 pagi semalam. 

Kedua bot berkenaan ditahan Kapal Peronda menerusi Operasi Naga Barat.

Pengarah Maritim Negeri Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, ketika diperiksa 20 orang awak-awak termasuk tekong berusia antara 19 hingga 50 tahun disyaki melakukan aktiviti perikanan.

"Nelayan berkenaan juga memasuki perairan negara tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa. 

"Mereka disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985," kata Mohd Khairulanuar.

Keseluruhan tangkapan bagi kedua-dua buah bot nelayan asing itu dianggarkan bernilai RM3 juta.

Setakat semalam Maritim Terengganu merekodkan 12 tangkapan bot nelayan asing Vietnam dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12.5 juta dan 93 orang awak-awak termasuk tekong telah ditahan.

Customer Support