fb fb fb fb fb

Op Ragada: Dua lagi individu direman dua hari

FOTO RTM

KUCHING, 16 Januari- Seorang lelaki, bekas pegawai kanan kumpulan media dan seorang wanita, pengarah urusan syarikat pembekal di Kuching direman dua hari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa bawah Op Ragada.

Perintah tahanan reman dua hari terhadap suspek pertama 53 tahun dikeluarkan Majestret Mason Jado Lenya Barayan manakala suspek kedua berumur 62 tahun yang diwakili peguam bela Datuk Shankar Ram Asnani turut diperintah reman dua hari oleh Majistret Ling Hui Chuan.

Kedua-dua suspek akan diterbangkan ke Kuala Lumpur malam esok.

Ops Ragada diaktifkan selepas menerima maklumat risikan kewangan mengenai transaksi meragukan melibatkan beberapa akaun bank antara tempoh 2017 hingga September 2024.

Dalam operasi itu, polis turut merampas, membekukan dan menyita pelbagai aset dengan angaran nilai keseluruhan lebih RM17.4 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE