fb fb fb fb fb

OKU dipukul pengiring kenamaan, siasatan JIPS selari aspek tatatertib

Pemandu e-hailing Orang Kurang Upaya (OKU), Ong Ing Keong, 46, yang mendakwa diserang pengiring kepada orang kenamaan, hadir di Bukit Aman bagi memberi keterangan / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan selari dari aspek tatatertib berkaitan kes pemandu e-hailing dipukul oleh anggota pengiring orang kenamaan di lobi sebuah hotel, baru-baru ini.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata mangsa seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 11.00 pagi tadi diiringi peguam serta jurubahasa bagi membantu siasatan.

"JIPS akan meneliti kes ini dari sudut prosedur operasi standard (SOP) untuk mengesan sebarang pelanggaran atau salah laku semasa pelaksanaan penugasan.

"Siasatan masih di peringkat awal dan JIPS akan memanggil saksi lain bagi melengkapkan siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Tegas Azri, pihaknya akan menjalankan siasatan secara telus dan tanpa kompromi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN