fb fb fb fb fb

Minta rasuah, tiga individu termasuk pengurus besar agensi kerajaan direman empat hari

Kesemua suspek diiringi pegawai SPRM meninggalkan mahkamah

KOTA BHARU, 6 Mei- Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Kelantan, semalam direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Habri Muhamad di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu selepas permohonan dibuat oleh SPRM.

Ketiga-tiga mereka yang memakai baju lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, jam 9.15 pagi dengan dikawal oleh pegawai SPRM.

Kesemua mereka berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan pada pukul 7.30 malam tadi selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Penahanan dibuat kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM. Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE