KUCHING, 14 Mac- Seorang lelaki tempatan didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen 3 Kuching, semalam selepas didapati bersalah memiliki minyak diesel tanpa lesen.
Pendakwaan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Menurut Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin, lelaki tersebut ditahan dalam satu operasi bersama Pasukan Gerakan Am di sebuah stor penyimpanan minyak diesel di Kawasan Perindustrian Batu Kitang, Kuching.
Kes tersebut menekankan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan pemilikan dan penyelewengan barang kawalan tanpa kebenaran.