KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Polis menembak mati seorang lelaki yang dikehendaki berkaitan samun bersenjata api di Besut awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira- kira pukul 2.30 pagi menerusi OP Laras yang dijalankan sepasukan Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, suspek seorang lelaki warga tempatan berasal dari Pasir Putih Kelantan berusia 31 tahun dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan Seberang Jertih, dekat Kuala Besut.
Mohd Khairi berkata, ketika kejadian suspek dipercayai melalui lokasi tersebut untuk ke Kelantan.
Ketika menghampiri kenderaanya, suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan sebelum tembakan balas dari pihak polis dilakukan.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan pacuan empat roda tersebut, pihak polis telah menemukan sepucuk pistol bersama majalah dan beberapa butir peluru di lantai pemandu turut dijumpai sewaktu pemeriksaan lanjut ke dalam kenderaan itu. Ditemui satu bungkus warna hitam yang dipercayai dadah jenis pil kuda dan dadah jenis shabu," kata Mohd Khairi.
Suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, ugutan jenayah, pecah rumah dan curi serta samun menggunakan senjata api.
Kesalahan dikesan di sekitar Kelantan termasuk Pasir Puteh dan Pasir Mas. Kes disiasat bawah Seksyen 307 kanun Keseksaaan kerana cubaan membunuh.