fb fb fb fb fb

JIM Kelantan tahan 35 PATI

Foto hiasan

KOTA BHARU, 16 Mac - Seramai 35 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak warga Indonesia ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan sekitar Bandar Kota Bharu awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, operasi pemeriksaan terhadap warga asing itu dijalankan dengan kekuatan 13 pegawai pelbagai JIM Kelantan pangkat di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu berakhir pukul 2.00 pagi.

Kesemua PATI yang ditahan berusia antara 26 hingga 58 tahun dan kanak-kanak pula yang ditahan bersama ibu bapa mereka berumur 13 dan 17 tahun.

Dalam satu kenyataan di Kota Bharu, beliau berkata paling ramai ditahan warga Indonesia iaitu seramai 26 orang, Bangladesh (4) India (2) manakala selebihnya warga Myanmar.

Warga asing yang ditahan kemudian dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63.

TETITIA YUSOFF