fb fb fb fb fb

Kes culik: Sembilan lelaki ditahan polis

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar /Foto RTM

JOHOR BAHARU, 6 Jun- Polis menahan sembilan lelaki di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, pada 23 hingga 25 Mei lalu, dipercayai terlibat kes menculik seorang wanita berumur 31 tahun, di Kulai, Johor pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, polis turut menemui sejumlah wang, dipercayai mempunyai kaitan dengan RM111,000 wang tebusan dibayar untuk melepaskan mangsa.

Pada hari kejadian, mangsa mendakwa diculik tiga lelaki bersenjatakan parang di Kulai, sebelum dibebaskan pada hari yang sama di sebuah hentian bas sekitar Skudai, Johor Bahru, selepas wang tebusan dibayar.

Semakan mendapati kesemua suspek berumur 24 hingga 48 tahun itu, mempunyai rekod lampau bersabit jenayah dan dadah.

Manakala enam daripada suspek positif methamphetamine.

Lima suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Kulai, dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengikut Seksyen Tiga ( 1 ) Akta Culik 1961, serta Kanun Keseksaan.

Empat lagi suspek dibebaskan dengan jaminan bon, untuk dijadikan saksi pendakwaan, mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD