fb fb fb fb fb

Polis tahan doktor disyaki cabul pesakit 15 tahun

FOTO HIASAN

IPOH, 7 Jun- Polis mengesahkan penahanan seorang doktor pada Rabu bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan pesakit wanita berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah menerusi satu kenyataan memaklumkan, doktor lelaki itu ditahan selepas pesakit berkenaan membuat laporan kira-kira jam 9.14 malam, 4 Jun lalu.

“Mangsa mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang,” katanya.

Hafezul Helmi berkata susulan laporan itu, sepasukan anggota polis menahan lelaki itu untuk direman bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp Mohamad Zulkarnain Jusoh, di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di talian 013-974 0294.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE