fb fb fb fb fb

Kes bunuh Nuraina Humaira, suspek direman seminggu

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 25 ogos depan.

SUNGAI SIPUT, 19 Ogos- Seorang remaja lelaki direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan Nuraina Humaira Rosli, 10 tahun yang ditemukan di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, minggu lalu.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 25 Ogos depan.

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Sungai Siput pada pukul 8.30 pagi tadi dan dibawa keluar polis pengiring 10 minit kemudian.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Nurul Asyifa Redzuan terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan pada Sabtu lalu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Penguasa Polis Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM