fb fb fb fb fb

Kematian empat ekor gajah akibat kegagalan organ

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon/Foto RTM

JOHOR BAHARU, 9 Jun-Punca kematian empat ekor gajah di Kampung Sri Timur, Kluang, Johor, 1 Jun lalu, disahkan akibat kegagalan fungsi organ susulan pendarahan dalaman. 

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, bagaimanapun, ujian makmal terhadap sampel mamalia tersebut masih dijalankan, bagi mengenalpasti punca pendarahan. 

"Secara kasarnya melalui bedah siasat punca kematian adalah akibat kegagalan organ. Tetapi untuk penyebabnya, sampel perlu dihantar ke makmal untuk kenal pasti bahan dalam organ.

"Kena buat ujian makmal dulu baru tahu apa kandungan dalam darah. Kemungkinan besar diracun", katanya.

Tian Soon berkata tindakan akan diambil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), terhadap pelaku yang tidak bertanggungjawab.

1 Jun lalu, empat ekor gajah ditemui mati di Kampung Sri Timur, Kahang, Kluang, dipercayai diracun.

Penemuan bangkai gajah terbabit oleh penduduk kampung pada sebelah pagi, turut tular di media sosial. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD