fb fb fb fb fb

Kastam rampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.4 juta

JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis Methamphetamine, ketamine dan Cannabis dalam ketiga-tiga modus operandi ini yang bernilai lebih RM2.4 Juta dengan anggaran berat sebanyak 70kg/Foto BERNAMA

NILAI, 27 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 70 kilogram (kg) dadah bernilai hampir RM2.4 juta dalam tiga serbuan iaitu dua kes di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan satu kes di premis perkhidmatan kurier, Subang Jaya.  

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, kes pertama melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine dan ketamine di Komples Kargo KLIA pada 7 April lalu.

"Ia melibatkan dua bungkusan kotak yang diikrar sebagai hardware tools iaitu the herba cina yang mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis ketamine dengan berat enam kilogram dianggarkan bernilai RM300,000 serta bungkusan makanan kering yang mengandungi bahan kristal dadah jenis methamphetamine seberat 27.65 kilogram dengan anggaran nilai RM884,800.00," katanya ketika sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, di sini pada Jumaat.

Kes kedua melibatkan rampasan pada 18 April di sebuah premis perkhidmatan kurier di Subang Jaya, melibatkan tiga bungkusan yang mengandungi bahan leraian tumbuhan hijau disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat 40.2 kg nilai anggaran RM1.28 juta.

Manakala, kes ketiga melibatkan dadah jenis cannabis dengan berat 1,268 kg anggaran nilai sebanyak RM4,000.

Menurut beliau, bahan terlarang itu merupakan rampasan pada 23 April lalu dengan menyita sebuah kotak parcel yang diikrar sebagai makanan ringan di Komples Kargo KLIA.

"Berdasarkan jumlah berat dadah sebanyak lebih kurang 70 kg bagi ketiga tiga kes di anggarkan seramai lebih 350,000 orang dari penyalahgunaan dadah," katanya.

Ujar beliau, ketiga-tiga kes tersebut sedang disiasat megnikut seksyen 35B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, bagi suku pertama tahun ini, JKDM merekodkan rampasan 139 kes narkotik bernilai RM29.56 juta melibatkan lima jenis komoditi narkotik dan perkhidmatan kurier merekodkan 73 peratus daripada jumlah perolehan kes.

GRACE AISYAH KEDAYAN