fb fb fb fb fb

Johor catat 1,444 kes jenayah komersial dalam tempoh empat bulan

Foto Hiasan/Foto RTM

JOHOR BAHARU, 27 Mei - Polis Johor merekodkan peningkatan 5.8 peratus kes jenayah komersial, dalam tempoh Januari hingga April lalu, dengan 1,444 kes direkodkan berbanding 1,365 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, penipuan dalam talian merekodkan kes tertinggi, dengan 1,209 kes, bersamaan 83.73 peratus.

Jumlah kerugian juga meningkat 2.64 peratus, iaitu RM54.514 juta berbanding RM53.110 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, M.Kumar turut memaklumkan seramai 8,652 orang ditahan dalam tempoh sama bagi kes dadah melibatkan rampasan 1.72 tan dadah bernilai RM13.37 juta.

Tambahnya, sitaan berjumlah RM5.31 juta pula direkodkan menerusi pelbagai aset milik lapan sindiket pengedaran dadah tempatan yang dilumpuhkan.

Ujarnya, terdapat peningkatan dalam indeks jenayah negeri iaitu 13.75 peratus dalam tempoh sama, manakala kadar penyelesaian kes adalah 51.37 peratus.

Beliau berucap demikian semasa Perhimpunan Bulanan Kontinjen Johor di Johor Bahru.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD