fb fb fb fb fb

Imigresen Johor gempur 20 premis, tahan 17 warga asing tanpa izin

17 warga asing dicekup Jabatan Imigresen (JIM) Johor pada Selasa lalu/Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU, 16 Mei - Gara-gara tidak memiliki dokumen sah, bekerja tanpa permit dan tinggal lebih masa, 17 warga asing dicekup Jabatan Imigresen (JIM), Johor pada Selasa lalu.

Pemangku Pengarah, Mohd Faizal Shamsudin berkata tangkapan hasil serbuan di 20 premis lokasi panas diserbu oleh sepasukan pegawai daripada unit penguat kuasa cawangan kira-kira pukul 11.40 pagi susulan aduan awam.

Beliau berkata, pihaknya telah memerika 87 individu warga asing dalam operasi berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki, empat perempuan dan seorang kanak-kanak warga Indonesia; dua lelaki dan seorang perempuan warga Myanmar; serta tiga lelaki warga Pakistan; dua lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga India dan seorang perempuan warga Filipina.

"Kesemua tahanan berumur antara 9 tahun hingga 56 tahun dipercayai menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua tahanan berumur antara 9 hingga 56 tahun,dipercayai menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial.

Katanya, mereka disiasat mengikut Peraturan 39 (b), Peraturan 11 (7)(a), Peraturan 17(b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 (1)(c) serta Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). 

Manakala, seorang lelaki warga India berusia 25 tahun, disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana membenarkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berada di dalam premis. 

Jabatan Imigresen terus giat melaksanakan operasi bagi membanteras isu lambakan PATI sehingga 31 Disember, tahun ini. 

GRACE AISYAH KEDAYAN