fb fb fb fb fb

Hantaran fitnah pemangku Sultan Johor terbabit rasuah, polis laksana siasatan

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 30 Jun- Polis Johor terima laporan berhubung hantaran pemilik akaun Facebook Kelab Penyokong PAS Malaysia yang mengaitkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dengan tuduhan rasuah terhadap Pengarah AMLA SPRM.
 
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar dalam kenyataan berkata laporan polis diterima pada Sabtu di Balai Polis Penawar, Kota Tinggi.
 
"Siasatan kes akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman."
 
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata kenyataan itu.
 
Orang ramai diingatkan supaya bijak menggunakan platform media sosial dengan tidak melanggar undang-undang.
 
Tindakan tegas bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat hantaran, menular, berkongsi maklumat hasutan, fitnah atau palsu sehingga menjejaskan ketenteraman serta keselamatan negara.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM