fb fb fb fb fb

Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal di dua lokasi berasingan / Foto RTM

IPOH, 27 Oktober - Seorang guru bahasa Arab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas murid yang berusia 12 tahun, Jun lalu.

Tertuduh, Abdul Halim Ismail 35 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Hilmiah Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal di dua lokasi berasingan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut seksyen 27 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua dua pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Disember 2023.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN