KUALA LUMPUR, 14 Jun - Dalang disebalik pelakon video seks yang dikenali sebagai 'Miza Ozawa' berusia 27 tahun ditahan di Kajang pada 6 Jun lalu kerana dipercayai mempromosi aktiviti persundalan di platform media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menahan lima individu termasuk dua wanita tempatan berusia 17 dan 20 tahun.
Sementara itu, turut ditahan dua warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 20 dan 26 tahun.
Suhaily berkata, mereka akan dibayar antara RM450 dan RM550 hasil mempromosikan aktiviti persundalan melalui platform media sosial Telegram.
"Dengan sindiket tersebut mereka mampu menghasilkan pendapatan hingga RM20,000 sebulan.
"Siasatan mendapati selain menjual produk seks tidak berdaftar dalam talian, mereka juga menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
“Dalang dan dua warga Indonesia itu turut bertindak sebagai ‘pelakon’ dalam rakaman video lucah yang dihasilkan sendiri dan dijual kepada pelanggan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Jumaat.
Suhaily mendedahkan dalang utama itu juga pernah disabitkan kesalahan lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang ibunya.
"Video lucah yang dihasilkan adalah mengikut permintaan pelanggan dan tidak membabitkan video lucha dari luar negara.
"Mereka sendiri melakukan yang menghasilkan dan mempromosikannya," dedahnya lagi.
Hasil serbuan itu turut merampas wang tunai RM30,000 serta komputer riba dan telefon pintar pelbagai jenama.
Kesemua individu direman 14 hari sehingga 20 Jun ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana menyimpan bahan lucah, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963(Pindaan 2002), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.