fb fb fb fb fb

Enam mangsa eksploitasi seks diselamatkan

Foto Jabatan Imigresen Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Enam wanita warga asing yang mangsa eksploitasi seks diselamatkan dalam serbuan di sebuah premis di ibu negara semalam.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, pihaknya menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi seks) berpandukan 'National Guideline on Human Trafficking Indicators' (NGHTI) 2.0.

"Operasi membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA serta Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

"Kesemua lima wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Thailand berusia antara 23 hingga 40 tahun diperdaya sindiket yang menjanjikan peluang pekerjaan yang sah, namun mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks sebaik tiba di negara ini.

"Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki berperanan sebagai pengendali dan kapten yang mengawal wanita terbabit," katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, siasatan dibuat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM