fb fb fb fb fb

Diperintah bela diri, pasangan kekasih hadapi tiga pertuduhan melibatkan dadah

Sepasang kekasih diperintah membela diri atas tiga pertuduhan termasuk mengedar dadah empat tahun lalu

JOHOR BAHRU, 29 Februari - Sepasang kekasih diperintah membela diri atas tiga pertuduhan termasuk mengedar dadah empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Noor Hayati Mat menetapkan keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Teng Wei Xiong dan Chai Ying.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka yang berusia 25 dan 21 tahun itu didakwa mengedar 112 gram dadah manakala dua lagi pertuduhan memiliki 136.68 gram dadah.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di Jalan Rusa 3, Johor Bahru pada 5 mei 2020.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Manakala bagi kesalahan memiliki dadah, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) memperuntukkan penjara lima tahun atau seumur hidup serta sebatan 10 kali.

Sementara bagi Seksyen 39A (1) boleh dipenjara maksimum 5 tahun dengan sebatan minima tiga kali atau maksimum 9 kali.

Mahkamah menetapkan 20 dan 21 Mei ini sebagai tarikh bela diri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN