fb fb fb fb fb

Cabul kanak-kanak, polis cari Andrew Jarau

FOTO POLIS

SRI AMAN, 17 April- Seorang lelaki berumur 38 tahun dikehendaki polis kerana didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun pada Rabu lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie, suspek yang dikenal pasti sebagai Andrew Jarau didakwa telah melakukan perbuatan terkutuk itu di tanah perkuburan Lama, Kampung Kubal, Betong.

"Susulan itu satu laporan polis telah difailkan oleh keluarga mangsa pukul 6.40 petang pada hari yang sama.

"Suspek bagaimanapun telah melarikan diri dan masih gagal dikesan,"katanya.

Jelas Matthew lagi kes disiasat bawah Seksyen 14 (A), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Oleh itu polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE