fb fb fb fb fb

Anak MB Perlis, bekas setiausaha politik didakwa hari ini

SPRM-DAKWA

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Suspek tiba pada pukul 8.05 pagi tadi kelihatan tenang ketika masuk ke kamar mahkamah.

Anak Mohd Shukri yang juga menantu kepada Presiden PAS dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 24 April lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk anak Menteri Besar Perlis bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Suspek yang juga pemilik sebuah syarikat kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Enam hari kemudian suspek ditahan berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasaran di negeri Perlis sejak 2022.

Dalam pada itu, seorang bekas setiausaha politik kepada pemimpin parti pembangkang akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengenai pertuduhan dihadapinya.

aidan