fb fb fb fb fb

29 PATI ditahan tidak miliki dokumen perjalanan

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah kilang di Kundang, Rawang

RAWANG, 24 Jun - Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu di sebuah kilang logistik dekat Kundang, di sini.

Kesemua yang ditahan merupakan warga Bangladesh dan Nepal berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun.

Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Selangor, Basri Othman berkata operasi dijalankan selepas menerima aduan daripada orang awam.

"Pemeriksaan awal mendapati mereka ini tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan juga telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39 B Peraturan-Peraturan Imigresen. Kesemua mereka bekerja sebagai operator di sini," katanya kepada pemberita, di sini.

Tambah Basri, pihak majikan turut didapati melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) seksyen 24 D.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN