fb fb fb fb fb

17 individu disyaki terbabit curi kabel TM ditahan

FOTO HIASAN

MELAKA, 29 Mei - Polis menahan 17 individu disyaki tebabit kes curi kabel Telekom Malaysia Bhd (TM) sekitar negeri itu sejak setahun lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata dalam kenyataan berkata, kesemua suspek masing-masing 11 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah duatingkat di Alor Gajah.
 
Tangkapan dibuat susulan kes terkini melibatkan kecurian kabel talian bawah TM sepanjang 1,400 meter di Jalan Pengkalan Minyak, Ayer Molek pada 24 Mei lalu.
 
"Dalam serbuan itu polis merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel bernilai keseluruhan RM400,000.
 
Antaranya 14 telefon bimbit pelbagai jenis, alat pemotong dawai, 204 batang kabel yang telah dipotong bertulis telekom Malaysia, sebuah lori, sebuah kereta dan pelbagai peralatan lain," katanya menerusi kenyataan itu.
 
Polis percaya modus operandi sindiket itu adalah dengan menyamar sebagai pekerja kontrak TM.
 
Barangan yang dicuri dijual di kedai barangan terpakai sekitar Melaka dan Selangor.
 
Siasatan lanjut mendapati, 16 suspek positif dadah jenis methamphetamine selain dua daripada mereka dalam senarai dikehendaki bersabit laporan di Tanjung Kling, Melaka dan Dang Wangi, Selangor.
 
Kesemua suspek direman lima hari bermula 26 Mei hingga 30 Mei.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

TETITIA YUSOFF