fb fb fb fb fb

Zainol Roslan juara pertandingan akhir Bintang P. Ramlee peringkat Selangor

Selangor, 25 Julai - Lagu Kwek Mambo membawa tuah kepada kakitangan swasta, Zainol Roslan apabila berjaya menjuarai pertandingan akhir Bintang P. Ramlee peringkat Negeri Selangor.

Pasangannya Nabilah Mohammad yang membawa lagu duet Sedangkan Lidah Lagi Tergigit pula memenangi kategori Bintang Saloma.

Mereka berdua membawa pulang wang tunai, sijil dan seterusnya akan mewakili Negeri Selangor ke peringkat Zon Tengah dalam pertandingan itu. Zainol membawa pulang RM2,000 manakala Nabilah RM700.


(Zainol Roslan juara pertandingan akhir Bintang P.Ramlee peringkat negeri Selangor)

"Alhamdulillah, yang pertama sekali rezeki la Alhamdulillah sebab saya dah puas mencuba kali ini rezeki saya dan yang saya harapkan manjadi
la dan semua peserta bagus rezeki saya dengan pasangan," katanya

Hadiah di sampaikan Pengarah Bahagian Program Radio Nor'ain Bakir yang diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor Zamani Ibrahim.

Pertandingan yang berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam itu menyaksikan tujuh peserta bersama-sama pasangan masing-masing berentap dalam memberikan persembahan yang terbaik.

Media Baharu