(Pelawak British, Russel Brand)
LONDON, 22 September- Seorang wanita tampil mendakwa pelawak Russell Brand pernah bertindak berbogel di depan matanya dan menunjukkan kemaluannya pada 2008.
Malah menurutnya, pelawak itu ketawa selepas mengakui dirinya melakukan perbuatan tersebut dalam satu rancangan radio.
Wanita itu memberitahu BBC bahawa dia bekerja di bangunan yang sama dengan badan penyiaran itu di Los Angeles ketika kejadian itu berlaku.
Dia tidak membuat aduan tetapi pengurusan BBC diberitahu mengenai kejadian itu pada 2019, walaupun tiada tindakan rasmi diambil.
"Saya berasa malu, saya tertanya-tanya jika sesuatu telah dilakukan, mungkin ramai wanita telah dilakukan dengan perkara yang mengerikan seperti yang kita baca di akhbar sekarang," katanya kepada penyiar.
Siasatan bersama oleh The Times, Sunday Times dan televisyen Channel 4 pada Sabtu menerbitkan dakwaan daripada empat wanita tentang rogol, serangan seksual dan penderaan emosi terhadap Brand.
Bekas suami penyanyi Katie Perry itu menafikan dakwaan berkenaan yang dikatakan berlaku antara 2006 dan 2013, menyifatkan hubungannya sentiasa atas dasar suka sama sukan walaupun mengakui hidup cara bebas pada waktu itu.
Jurucakap rasmi Perdana Menteri Rishi Sunak menyifatkan dakwaan itu 'sangat serius dan membimbangkan', sambil menambah pemimpin itu tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan berkait gangguan seksual.
Ekoran terpalit dengan kontroversi jenayah seksual, YouTube menggantung saluran Russell Brand daripada menjana pendapatan menerusi pengiklanan di platform digital berkenaan.
Memetik laporan BBC, wakil YouTube memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya ada pengguna melanggar syarat dan garis panduan komuniti ditetapkan platfdorm berkenaan.-AFP
(Pelawak British, Russel Brand)